top of page

Jejambat BDC selamat, tiada rekahan


Pasukan kejuruteraan JKR Sarawak dan konsultan melakukan siasatan dan pemeriksaan jejambat BDC. - Foto NSTP/ Melvin Joni

KUCHING: Tiada rekahan berlaku pada jejambat BDC di sini seperti yang ditularkan di media sosial, semalam.


Justeru, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata jejambat berkenaan adalah selamat dan ia disahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan konsultan, Jurutera Jasa setelah membuat siasatan dan pemeriksaan hari ini.


"Ada garis diagonal konkrit bertindih dalam kumpulan berbeza. Namun apa yang penting ialah tiada rekahan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.


Justeru, katanya jejambat yang siap dibina pada 2010 ini adalah selamat seperti yang dimaklumkan oleh konsultan.



5 views

Comments


bottom of page