
1. Pembinaan Jambatan Bailey Oleh ATM
Jambatan sedia ada di Batu 20, Kampung Sungai Tiram runtuh akibat hakisan tanah dan aliran air sungai yang deras selepas hujan lebat berterusan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina Jambatan Bailey bagi menghubungkan lebih 1,000 penduduk dari empat kampung:
Kampung Orang Asli Pasir Salam.
Kampung Sri Perdana.
Kampung Bukit Dagang.
Kampung Batu 20, Mukim Sungai Tiram.
2. Laluan Sementara Oleh JKR & TETO Engineering
JKR Daerah Johor Bahru bersama syarikat konsesi TETO Engineering Sdn. Bhd. akan membina laluan sementara untuk memudahkan pergerakan penduduk.
JKR juga menyediakan bahan sokongan bagi memastikan kelancaran pembinaan Jambatan Bailey.
3. Pelan Penyelesaian Jangka Panjang
Jambatan kekal baharu akan dibina sebagai penyelesaian jangka panjang, dengan kos masih dalam peringkat penilaian.
JKR komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk menerusi pelaksanaan infrastruktur yang mampan.
4. Kerjasama JPBD Johor Bahru & Pihak Berkaitan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru telah mengadakan perbincangan bersama:
Pejabat Daerah Johor Bahru.
JKR Daerah Johor Bahru.
Pihak berkaitan.
Projek ini dilaksanakan segera menjelang Aidilfitri, memastikan penduduk yang terputus hubungan dapat menjalankan aktiviti harian dan ekonomi seperti biasa.


Comments