top of page

Jalan Sungai Ulu Tiram-Tebrau ditutup akibat tanah runtuh


Tanah runtuh di Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau, Johor
Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau yang menghubungkan Seelong dan Felda Ulu Tebrau, di sini ditutup berikutan kejadian tanah runtuh di bahu jalan terbabit akibat hujan lebat.

Tanah runtuh di Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau, Johor

JOHOR BAHRU – Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau (J08) yang menghubungkan Seelong dan Felda Ulu Tebrau ditutup berikutan kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Kulai menerusi notisnya hari ini memberitahu, penutupan jalan menghala ke Kota Tinggi itu ditutup buat sementara waktu kepada semua kenderaan.


Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah membuat pemantauan dan penyediaan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) sementara.


Menurut notis berkenaan, pergerakan tanah masih berlaku dan jalan itu akan ditutup dari persimpangan Jalan Kulai-Kota Tinggi (ke Felda Ulu Tebrau) sehingga ke Pusat Pelupusan Sampah (SWM) sementara pemeriksaan terperinci dilaksanakan.


Bagaimanapun terdapat laluan alternatif yang boleh dilalui dari Felda Ulu Tebrau-Jalan Seelong (J02), Jalan Lapangan Terbang Senai (FT16), Jalan Persekutuan Johor Bahru- Air Hitam (FT001), Jalan Kulai-Kota Tinggi (FT94).


Selain itu, Jalan Utama Johor Bahru- Kuantan di Mersing iaitu di FT003 Landmark SM Anjung Batu (berhampiran Pintu Gerbang Mersing) ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana ditenggelami banjir.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani, dua lagi jalan utama iaitu Jalan Ladang Siang J223 di Kota Tinggi dan Jalan Jabi- Bukit Tempurung J516 juga di Segamat masih ditutup kepada semua jenis kenderaan.


Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor berkata, ketiga-tiga jalan berkenaan ditenggelami banjir dan tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan termasuk kenderaan berat.



Comentarios


bottom of page