top of page

Jalan Kuala Lumpur-Bentong (lama) ditutup bagi kerja pembersihan


Jalan Kuala Lumpur-Bentong (lama) ditutup bagi kerja pembersihan
Jalan Kuala Lumpur- Bentong (lama) ditutup semua kenderaan bagi kerja pembersihan. - Foto: FB Fakhruddin Ariff (Gambar kecil: MOHAMMAD FAKHRUDDIN)

Jalan Kuala Lumpur-Bentong (lama) ditutup bagi kerja pembersihan

KUANTAN - Jalan Kuala Lumpur-Bentong (lama) ditutup untuk semua kenderaan bermula pada Ahad susulan kerosakan struktur jalan akibat kepala air.


Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, penutupan itu bagi kerja pembersihan yang dijangka mengambil masa tidak lebih lima hari.

"Kerja-kerja pengalihan sisa-sisa tanah dan batu terutama di muka culvet mengambil masa untuk dilakukan.

"JKR (Jabatan Kerja Raya) juga telah maklumkan bahawa halangan atas jalan akan diatasi dan laluan akan dibuka semula malam ini. Backhoe atau excavator digunakan untuk kerja-kerja di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Beliau berkata, aliran air masih ada di atas jalan, penilaian kerosakan belum dapat dibuat dan terdapat lumpur serta kayu di atas jalan.


Sehubungan itu, Mohammad Fakhruddin berharap agar semua pengguna jalan raya sentiasa berhati-hati dikala musim tengkujuh ini.


"Kejadian ini boleh berlaku dimana jua berpunca aliran air deras. Terima kasih JKR, Konsesi dan semua yang terlibat diatas tindakan segera.


"Saya berharap semua yang bertugas turut menjaga keselamatan diri lebih-lebih lagi bekerja pada waktu malam di lokasi kejadian," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Jalan Kuala Lumpur-Bentong (lama) ditutup bagi kerja pembersihan

Comments


bottom of page