top of page

Jalan Kuala Lipis-Gua Musang kembali dibuka


Jalan Kuala Lipis-Gua Musang kembali dibuka
Jalan utama Kuala Lipis ke Gua Musang yang sebelum ini ditutup bagi kerja-kerja pemasangan cerucuk untuk projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C kembali dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Jalan Kuala Lipis-Gua Musang kembali dibuka

KOTA BHARU - Jalan utama Kuala Lipis ke Gua Musang yang sebelum ini ditutup bagi kerja-kerja pemasangan cerucuk untuk projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C kembali dibuka untuk kegunaan orang ramai.


Menurut sumber, pembukaan laluan dari arah Kuala Lipis ke Gua Musang itu mula beroperasi pada Ahad.


"Pembukaan semula ini dapat mengurangkan kesesakan lalu-lintas di kawasan berkenaan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada Khamis ini.


"Untuk laluan, Gua Musang ke Kuala Lipis, saya difahamkan ia akan dibuka bermula Selasa ini," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.


Menurut beliau, sehubungan dengan itu pengguna diingatkan supaya mengamalkan pemanduan berhemah.


Ujarnya, hal ini bagi memastikan tidak berlaku sebarang insiden yang boleh membawa kepada kecelakaan.


Tular satu video berdurasi 27 saat yang memaparkan orang ramai mula menggunakan laluan tersebut sejak petang Ahad.


Media sebelum ini melaporkan, dua laluan utama di Gua Musang ditutup bermula pada 3 April lalu untuk kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi pembinaan LTU Pakej 3B dan 3C.


Jalan menghala ke bandar Gua Musang bermula dari bulatan Tanah Putih ke simpang Kampung Pulai dan Jalan Kesedar Putra sesak dengan kenderaan hampir setiap hari.


Bagaimanapun, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif FT008 melalui hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, FT 2744 (hadapan Hospital Gua Musang) dan FT2746 (Jalan Pulai).


Sumber: Sinar Harian


Jalan Kuala Lipis-Gua Musang kembali dibuka


留言


bottom of page