top of page

Jalan Kampung Puom – Kampung Chennah ‘Glow in the Dark’



JELEBU: Jabatan Kerja Raya Jelebu telah melaksanakan kerja-kerja mengecat garisan jalan dengan cat ‘Glow in the Dark’ (GITD).


Kerja-kerja garisan jalan ‘Glow in the Dark’ telah dilaksanakan di jalan negeri Kampung Puom ke Kampung Chennah (N25).


GITD ini dicat sepanjang satu kilometer dan tertumpu di kawasan jalan gelap dan tidak terdapat lampu jalan.


Diharapkan agar GITD ini dapat membantu pengguna jalan raya melalui kawasan gelap dan mengurangkan risiko bahaya.


Sumber: Negeri Kita

Comments


bottom of page