KUALA LUMPUR 10 Mei - Kontraktor projek Transit Aliran Ringan (LRT3), MRCB George Kent Sdn. Bhd. (MRCBGK) akan melaksanakan penutupan jalan sementara untuk memudahkan kerja-kerja pengorekan dan penempatan semula utiliti bagi projek LRT3.
MRCBGK dalam kenyataan di sini hari ini berkata, penutupan jalan akan dibuat di Jalan Ikhtisas, Shah Alam, Selangor menuju Persiaran Datuk Menteri dari 13 Mei hingga 2 Jun ini bermula pukul 11 malam hingga pukul 5 pagi, keesokannya.
“Semasa penutupan jalan sementara ini, lalu lintas dari Jalan Ikhtisas akan dialihkan ke Jalan Pembangunan,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Sumber: Utusan Malaysia
Comments