
Pemetaan Sempadan Selesai
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) selesai melakukan pengukuran dan pemetaan sempadan Selangor-Kuala Lumpur sepanjang 103.7 km pada 31 Oktober 2024.
86 lembar peta telah dihasilkan sebagai rujukan rasmi.
Penyelesaian Isu Outstanding Boundary Problem (OBP)
Outstanding Boundary Problem (OBP) telah dikenal pasti untuk menentukan lokasi sebenar sempadan.
Isu OBP ini merangkumi kawasan melibatkan premis, jalan, longkang, dan pembangunan lain yang sebelum ini tidak diukur dengan tepat.
Sempadan yang ditetapkan sejak 1970 kini perlu dimuktamadkan kerana terdapat pembangunan baru yang melibatkan DBKL dan PBT Selangor.
Perbincangan dan Pemuktamadan Persempadanan
Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) bersama Jupem dan Pejabat Tanah dan Galian Kuala Lumpurmengadakan perbincangan berkala.
Mesyuarat seterusnya dijadualkan pada 11 Mac 2025 untuk membincangkan isu yang belum selesai.
Penyelesaian sempadan ini dijangka dimuktamadkan sebelum 2026, dengan perjanjian rasmi antara Menteri Besar Selangor dan Menteri Wilayah.
Kepentingan Penyelesaian Sempadan
Pemuktamadan ini penting untuk menentukan kedaulatan tanah dan wilayah Selangor, memastikan pembangunan yang lebih tersusun dan berkesan.
Akan memudahkan perancangan infrastruktur dan pentadbiran kawasan sempadan.
Sumber: Selangor Kini
Comments