top of page

IOI Properties sasar lancar projek hartanah bernilai lebih RM5 bilion pada FY25



KUALA LUMPUR 10 Okt - IOI Properties Group Bhd menyasarkan pelancaran beberapa projek hartanah baharu bernilai lebih RM5 bilion pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 (FY25), mengatasi pelancaran kediaman, komersial dan perindustrian pada tahun sebelumnya sebanyak RM4.49 bilion. 


Menurut laporan tahunan FY24, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lee Yeow Seng berkata, segmen pembangunan hartanah juga akan menyaksikan pelancaran di taman perindustrian sedia ada.


Laporan itu juga berkata, kumpulan itu akan membangunkan taman perindustrian baharu di Melaka pada FY25. 


“Selain pelancaran kediaman, kumpulan juga akan memperkenalkan IOI Industrial Park@Banting, IOI Industrial Park@Iskandar Malaysia (dahulunya dikenali sebagai iSynergy, Senai) dan IOI Industrial Park@Melaka di pasaran hartanah,” katanya.


Yeow Seng juga menjangkakan pembangunan bercampur Marina View yang akan datang di Singapura itu akan menyumbang kepada portfolio kumpulan dalam masa terdekat.


"Pembelian Tropicana Gardens Mall akan dimuktamadkan dan mula menyumbang kepada prestasi kewangan kumpulan seawal suku pertama 2025," katanya.


Selain itu, Yeow Sen juga berkata, IOI Central Boulevard Towers di Singapore and IOI Business Park di Xiamen, China dijangka bermula menjana hasil awal tahun mereka ada FY25. 


Pada FY24, jumlah kawasan boleh disewa bersih (NLA) bagi empat pusat beli-belah IOIProp ialah 4.34 juta kaki persegi dan enam pejabat seluas 4.43 juta kaki persegi. Ini menjadikan jumlah NLA kepada 8.77 juta kaki persegi.


Di bawah segmen hospitaliti dan riadah, Yeow Seng berkata, kumpulan itu menantikan hasil daripada 199 bilik Courtyard By Marriott Pulau Pinang.


Selain itu, 370 bilik Sheraton Grand Xiamen Jimei, yang dijadualkan siap pada suku kedua FY25, akan mengembangkan lagi portfolio hospitaliti kumpulan.


Dua penambahan itu dijangka meningkatkan jumlah bilik kumpulan kepada 3,075 bilik daripada sembilan hotel pada FY25.


Sementara itu Yeow Seng berkata, IOI Property kekal optimis terhadap prestasinya menjelang FY25 dan seterusnya. 


Sumber: Dagang News

Opmerkingen


bottom of page