KUALA LUMPUR 4 Jun - Inta Bina Group Bhd menerusi Inta Bina Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM111.98 juta daripada Gamuda Land Sdn Bhd bagi pembinaan 174 rumah berkembar dalam dua fasa.
Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, fasa satu projek itu melibatkan pembinaan sejumlah 124 unit dengan 98 unit rumah berkembar bersaiz 36' x 75' manakala 26 unit lagi dengan saiz 40' x 80' selain satu nit rumah pengawal, satu unit pejabat pengurusan dan dua unit pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Katanya, fasa kedua melibatkan pembinaan 44 unit rumah berkembar saiz 40' x 80' dan enam unit rumah bersaiz 40' x 80'.
"Tempoh pembinaan itu dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 23 bulan bermula dari 4 Jun 2024," katanya.
Kontrak itu tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham yang besar Inta Bina.
Tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, kontrak dijangka menyumbang secara positif ke arah pendapatan masa depan Inta Bina sepanjang tempoh kontrak.
Kumpulan bercadang untuk membiayai Kontrak melalui dana yang dijana secara dalaman dan/atau pinjaman luar.
Tiada risiko ketara yang boleh dijangka selain daripada risiko operasi yang berkaitan dengan kontrak sepanjang tempoh pembinaan.
Sumber: Dagang News
Inta Bina terima kontrak pembinaan rumah berkembar bernilai RM111.98 juta daripada Gamuda Land
Comentarios