KUALA LUMPUR: Inta Bina Group Bhd berjaya memperoleh kontrak bernilai RM43.65 juta daripada Eco Majestic Development Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembinaan di kawasan pembangunan komuniti berpagar di Hulu Langat, Selangor.
Kumpulan pembinaan itu berkata, anak syarikat milik penuhnya, Inta Bina Sdn Bhd akan membina 162 unit rumah teres dan substesen elektrik di bawah Fasa 4 Cheerywood.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan itu berkata kontrak itu akan bermula pada 1 November 2023 dan rumah-rumah terbabit akan siap dalam tempoh 20 bulan.
Tanpa mengambil kira perkara di luar jangkaan, kontrak tersebut diunjur menyumbang secara positif terhadap pendapatan Inta Bina sepanjang tempoh kontrak berkenaan, katanya.
Kumpulan itu juga bertujuan membiayai kontrak berkenaan menerusi pengumpulan dana di peringkat dalaman dan/atau menerusi pinjaman luaran.
Sumber: Berita Harian
Inta Bina dapat kontrak pembinaan rumah di Hulu Langat
コメント