top of page

Hospital Sri Aman beroperasi tahun depan


Gambar hiasan

PROJEK pembinaan Hospital Sri Aman yang hampir terbengkalai dijadualkan siap serta mampu beroperasi sepenuhnya pada Jun tahun depan.


Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye yang meninjau projek itu berkata, pembinaan projek itu sudah memasuki peringkat kerja mekanikal dan kejuruteraan selepas ia diberi nafas baru.


Menurutnya, ia termasuk kerja pemasangan bahagian dalaman bangunan yang akan mengambil masa lapan hingga 10 bulan.


"Struktur bangunan hospital itu sudah pun siap dan kontraktor bagi projek itu sudah diberi dua kali lanjutan masa selama 460 hari oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Apabila kerja mekanikal dan kejuruteraan selesai dilakukan, kementerian akan mengambil alih hospital terbabit bagi tujuan ujian dan pentauliahan untuk memastikan semua operasinya dengan berjalan lancar," katanya ketika sidang media di Lubok Antu semalam.


Beliau berkata, keseluruhan proses ujian dan pentauliahan terbabit akan berlangsung selama enam bulan.


Terdahulu, beliau turut melakukan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Klinik Kesihatan Lubok Antu (Jenis 4) di bilik taklimat Klinik Kesihatan Lubok Antu Lama.


Lee berkata, Klinik Kesihatan Jenis 2 akan dibina di kawasan Miri, Tabuan Jaya (Kuching), Serian, Siburan, Semalau (Sarikei), Nanga Kemaleh (Julau), Long Napir (Limbang) dan Simpang Bukut (Mukah).


Sementara itu, Klinik Kesihatan Jenis 3 dan 5 yang sudah dilulus dan sedang dalam proses tender di kawasan Lawas, Long Busang (Belaga), Semok (Mukah), simpang Simunjan dan Long San (Baram).


Sumber: Harian Metro


36 views

Kommentare


bottom of page