top of page

Henti amalan minta, beri komisen dalam projek pembangunan, perumahan - PM


Henti amalan minta, beri komisen dalam projek pembangunan, perumahan - PM
Gambar hiasan: Amalan memberi komisen kepada mana-mana menteri atau parti politik tidak seharusnya berlaku.

Henti amalan minta, beri komisen dalam projek pembangunan, perumahan - PM

KUALA LUMPUR: Amalan meminta dan memberi komisen dalam mana-mana pelaksanaan projek pembangunan termasuk perumahan perlu dihentikan segera.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pemberian komisen kepada mana-mana menteri atau parti politik tidak seharusnya berlaku.


"Memang pada peringkat awal apabila saya ambil alih tanggungjawab Wilayah Persekutuan ini... saya memang menghentikan projek-projek baharu kerana saya tidak mahu meneruskan amalan-amalan lama.


"Di mana tiap kali diubah suai plot ratio atau kelulusan itu ada hubungan dan habuan politik, ini amalan jijik yang merosakkan... dan rasuah ini mesti dihentikan... sebab itu saya tangguhkan peringkat awal.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Apabila kita dah siapkan struktur dan kerangka Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, maka kita harus teruskan dan tidak ada alasan untuk perlahankan tahap kelulusannya sebaik saja memenuhi syarat," katanya dalam ucapan semasa menghadiri Majlis Pecah Tanah Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani serta Pusat Penjaja Madani di ibu negara, pada Khamis.


Bagaimanapun kata Anwar, kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana syarikat daripada menjalankan operasi mereka dan memperoleh keuntungan.


Jelasnya, syarat yang ditetapkan ketat dan dibolehkan untuk membina bangunan pencakar langit dan kondominium mewah namun ia mesti diimbangi dengan perumahan sederhana dan perumahan rakyat.


“Kita pastikan ada keuntungan... tiada masalah, jadi janganlah potong RM10 juta, RM15 juta beri kepada parti seperti amalan sebelum ini.


“Saya faham ramai yang marahkan saya bila sebut hal ini tapi semua orang tahu, tanyalah pemaju di Wilayah Persekutan adakah saya betul atau salah dan adakah saya melebih-lebih atau beritahu perkara sebenar.


“Tanpa terkecuali semua kata ya, ini telah menjadi amalan dan kita telah lakukan. Sekarang saya kata kita perlu menghentikankan semua ini. Pulangan yang RM10 juta, RM15 juta yang diberikan sebagai komisen dipulangkan kepada rakyat, itu yang saya minta rakyat faham,” ujarnya.


Jelasnya, satu keputusan yang berani serta anjakan perlu dilakukan sekiranya mahu budaya itu berubah dalam usaha melawan sistem rasuah yang menebal.


Sumber: Astro Awani


Henti amalan minta, beri komisen dalam projek pembangunan, perumahan

Comments


bottom of page