top of page

Harga panel solar terendah, penganalisis jangka Samaiden terus catat perkembangan positif dalam sektor RE



KUALA LUMPUR 3 Dis - Samaiden Group Bhd dijangka menjadi penerima manfaat utama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (RE), kata pengnalisis.


TA Securities mengekalkan saranan "beli" ke atas Samaiden dengan harga sasaran (TP) yang lebih tinggi sebanyak RM1.43, disokong oleh buku pesanan tiggi, kedudukan tunai bersih yang kukuh dan saluran paip aset RE yang selamat untuk meningkatkan pendapatan berulang.


Firma penyelidikan itu berkata, harga panel solar kini berada pada paras rendah setelah turun 64% daripada paras puncak pada 2021 kepada AS$0.10 per watt akan memberi manfaat kepada Samaiden.


“Ini adalah kelebihan untuk pemain hiliran dalam kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) solar dan ruang pemilikan aset. Kami percaya kos modul yang lebih murah akan dicerminkan dalam Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP) dan projek Solar Skala Besar 5 (LSS5) yang akan datang,” katanya.


“Buku pesanan kumpulan itu meningkat kepada rekod tertinggi menerima sebanyak RM521.2 juta, dirangsang oleh kemenangan kontrak CGPP terkini. 


“Kami menganggarkan kontrak CGPP kini menyumbang 40% daripada jumlah buku pesanan kumpulan manakala projek solar berskala utiliti lain menyumbang 14%,” katanya dalam satu nota kajian. 


Katanya, projek lain termasuk biotenaga, projek komersil dan perindustrian menyumbang kepada baki buku pesanan yang diperbesarkan yang kini mewakili 2.3 kali ganda berbanding hasil tahun kewangan 2024 (FY24).


“Buku tender EPCC Samaiden telah meningkat kira-kira RM1.6 bilion, dengan lebih separuh terdiri daripada projek solar berskala utiliti, termasuk bidaan projek LSS5,” katanya


Sementara itu, Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata, prospek Samaiden kekal positif pada suku akan datang dan dijangka meningkat disokong oleh buku pesanan EPCC yang mencatat rekod tertinggi.


“Samaiden terus mendapat manfaat daripada pelancaran berterusan program baharu, antaranya ialah LSS5, serta lanjutan program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM 3.0) baharu,” katanya. 


Selain itu, HLIB Research berkata, keputusan Samaiden untuk suku pertama tahun kewangan 2025 (1QFY25) sejajar dengan anggaran tahunannya.


“Kami menjangkakan hasil 1QFY25 kumpulan menjana sebanyak RM1.2 juta dan keuntungan RM631,000 daripada pelaburan,” kata firma penyelidikan itu.

HLIB Research mengekalkan saranan "beli" ke atas Samaiden dengan TP RM1.44.


“Kami telah memasukkan nilai aliran pendapatan berulang yang ke dalam penilaian kami.


“Saham itu akan mendedahkan RE kepada kedua-dua industri solar domestik dan segmen biotenaga yang semakin berkembang," katanya.


Sumber: Dagang News

Comments


bottom of page