top of page

Haily dapat kontrak bina rumah kluster di Johor


Haily dapat kontrak bina rumah kluster di Johor
Haily Construction Sdn Bhd.

Haily dapat kontrak bina rumah kluster di Johor

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Haily Group Bhd, Haily Construction Sdn Bhd memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM32.33 juta daripada Gunung Impian Development Sdn Bhd.


Ia menerima surat lantikan bagi pembinaan dan penyiapan 76 unit rumah kluster dua tingkat dan satu unit pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) 'double chamber' di Tebrau, Johor.


"Lembaga Pengarah menjangkakan kontrak itu akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Haily Group sepanjang tempoh projek, dengan mengandaikan tiada kelewatan ketara dalam jangka masa itu," kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.


Haily berkata, bon prestasi berjumlah lima peratus daripada jumlah kontrak sebanyak RM1.62 juta diperlukan untuk projek itu sebelum kerja di tapak dimulakan dan akan kekal sah dan berkuat kuasa sehingga tiga bulan selepas sijil siap praktikal dikeluarkan.


Syarikat itu menjangkakan pencawang TNB berkenaan akan siap pada 31 Julai 2024, dan rumah kluster dua tingkat menjelang 30 April 2025.



Haily dapat kontrak bina rumah kluster di Johor

Comments


bottom of page