top of page

Greentech sedia RM10b bina IWMP


Greentech sedia RM10b bina IWMP
Gambar hiasan

Greentech sedia RM10b bina IWMP

SEJAJAR pelaksanaan Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia bagi menuju masa depan bersih dan lestari, Greentech Axis Berhad (Greentech) bakal memperuntukkan kira-kira RM10 bilion untuk melaksanakan pembinaan Pengurusan Sisa Bersepadu (IWMP) dalam tempoh 10 tahun.


Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Greentech, Datuk Seri Dr Mohamad Feardaus berkata, bagi merealisasikan inisiatif itu pihaknya menjalin kerjasama strategik dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk membangunkan inovasi teknologi hijau terutamanya dalam sistem pengurusan sisa.


Katanya, jalinan bersama itu bakal membawa inovasi lebih baik bagi mendorong pertumbuhan ekonomi serta menggalakkan teknologi hijau dalam industri pengurusan sisa dan tenaga boleh diperbaharui terutama di kawasan Felda.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

"Bagi fasa pertama, Greentech akan membina IWMP di kawasan Felda Wilayah Selatan membabitkan kos permulaan RM1.4 bilion.


"Secara keseluruhan projek perintis IWMP membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM10 bilion bagi 10 tahun akan datang dan secara berperingkat.


"Untuk permulaan projek ini akan dilaksanakan di Felda Adela, Felda Air Tawar dan Felda Tenggaroh serta bakal menjadi perintis terawal bagi model IWMP.


"Bagaimanapun, projek perintis IWMP sudah bermula setahun lalu bagi peringkat kajian dan akan mula dibangunkan bermula 2024," katanya selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Greentech dan Felda.


Sumber: Harian Metro


Greentech sedia RM10b bina IWMP


Comments


bottom of page