top of page

Fajarbaru tarik diri daripada projek rumah mampu milik RM192 juta di Putrajaya



KUALA LUMPUR 9 Nov - Syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah Fajarbaru Builder Group Bhd telah menarik diri daripada menyertai pembangunan rumah mampu milik di Putrajaya yang digelar Residensi Cemara, yang dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar RM192 juta.


Tiada alasan diberikan.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Fajarbaru berkata Perbadanan Putrajaya telah menerima pengeluaran anak syarikat milik penuhnya Fajarbaru Land (M) Sdn Bhd sebagai pemaju bagi cadangan pembangunan itu.


Fajarbaru Land pada 24 Jan tahun ini menerima surat tawaran daripada Perbadanan Putrajaya berhubung pelantikan Fajarbaru Land sebagai pemaju Residensi Cemara.


Ia terdiri daripada 480 unit Residensi Madani dan 320 unit Residensi Wilayah, dengan tempoh pembangunan selama tiga tahun. Unit-unit ini adalah sebahagian daripada program perumahan tajaan kerajaan.


Cadangan pembangunan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Fajarbaru bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 dan seterusnya.


Saham Fajarbaru ditutup turun 0.5 sen atau 1.28% pada 38.5 sen pada Jumaat, memberikannya permodalan pasaran RM283.1 juta. Saham telah meningkat 32.76% setakat tahun ini. 


Sumber: Dagang News

Comments


bottom of page