top of page

Fajarbaru raih kontrak pembinaan RM310.54 juta daripada WCT Holdings


Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru)
Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru)

Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru)

KUALA LUMPUR: Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) melalui anak syarikat milik penuhnya Fajarbaru Builder Sdn Bhd memenangi kontrak pembinaan melalui pelaksanaan tender, untuk tiga blok kondominium bernilai RM310.54 juta daripada anak syarikat tidak langsung WCT Holdings Bhd, Kekal Kirana Sdn Bhd.


Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia, kerja pembinaan itu merangkumi tiga blok menara kondominium yang terdiri daripada 341 unit. Terdapat juga tiga tingkat podium dan empat aras bawah tanah untuk tempat letak kereta.


Syarikat itu berkata, kontrak berkenaan akan bermula pada 15 Mac 2023 dan dijangka siap dalam 35 bulan, atau pada 14 Februari 2026.


Kontrak itu diperoleh melalui proses tender yang dijalankan oleh Fajarbaru Builder Sdn Bhd.

Ia katanya, akan menambah buku pesanan Fajarbaru dengan ketara dan meningkatkan kejelasan pendapatannya pada masa hadapan.


Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham syarikat itu dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 dan seterusnya.


Pengerusi Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Tan Sri Chan Kong Choy berkata, selepas kesuraman dalam pasaran pembinaan, perkembangan baharu itu adalah permulaan yang baik untuk Fajarbaru.


Ia juga bukti keupayaan syarikat untuk memperoleh dan melaksanakan projek pembinaan bernilai tinggi.


"Kami berhasrat untuk melaksanakan projek ini dengan cekap dan sebaik mungkin."


"Syarikat itu berada pada kedudukan kewangan yang kukuh. Oleh itu, kami mempunyai keupayaan untuk meneruskan pembidaan untuk lebih banyak projek.


"Kami berharap untuk menjadi syarikat pembinaan dan hartanah yang paling bernilai dalam pasaran yang kami layani. Kami juga berhasrat untuk terus mencipta nilai pegangan saham untuk pemegang kepentingan kami," tambah Kong Choy.


Sumber: Berita Harian


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page