top of page

EVE Energy labur RM1.9 bilion bina kilang di Kedah


EVE Energy labur RM1.9 bilion bina kilang di Kedah
EVE Energy Co Ltd

EVE Energy labur RM1.9 bilion bina kilang di Kedah

KUALA LUMPUR: Pengeluar bateri litium global, EVE Energy Co Ltd, hari ini mengumumkan majlis pecah tanah bagi kilang pembuatan baharunya dengan pelaburan awal sebanyak US$422 juta (RM1.924 bilion) di Kulim, Kedah.


Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam satu kenyataan bersama berkata, kemudahan baharu itu, yang akan menjadi kilang ke-53 EVE, bakal menumpukan pada pengeluaran bateri litium ion silinder untuk menyokong alatan kuasa dan pembuatan kenderaan beroda dua elektrik di negara ini dan di seluruh Asia Tenggara.


Pengarah EVE Energy Malaysia Sdn Bhd, Joe Chen, berkata projek awal itu akan dibina secara berperingkat dan tempoh pembinaan tidak akan melebihi tiga tahun.


"Ini satu peristiwa penting bagi EVE untuk mengembangkan perniagaan global kami, meningkatkan daya saing komprehensif dan mengembangkan lagi bahagian pasaran global kami.


"Bersandarkan kepada kelebihan domestik dan pengalaman operasi EVE, kami akan membina kilang pengeluaran bateri silinder di Malaysia untuk menyokong kenderaan beroda dua elektrik dan alatan kuasa di Malaysia," katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (pembangunan pelaburan) MIDA, Lim Bee Vian, berkata projek itu sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Dasar Automotif Negara 2020 (NAP) ke arah mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih-sifar menjelang 2050.


"Dengan pembinaan kilang pembuatan bateri silinder ini di Malaysia, ia menunjukkan komitmen kita terhadap daya saing di pasaran antarabangsa.


"Upacara hari ini menandakan peristiwa penting yang bukan sahaja memberi manfaat kepada EVE tetapi juga membuka jalan kepada lebih banyak syarikat untuk melabur di Malaysia dalam industri kenderaan elektrik (EV) dan ekosistemnya," tambahnya.


Sumber: Berita Harian


EVE Energy labur RM1.9 bilion bina kilang di Kedah


Comments


bottom of page