top of page

Enam PBT Kemuka Pencalonan Bagi Penarafan Bandar Pintar


Gambar hiasan

KUANTAN, 22 OKTOBER 2024 : Kerajaan Negeri Pahang komited dalam pelaksanaan Bandar Pintar negeri ini justeru sebanyak enam Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengemukakan pencalonan bagi penarafan Bandar Pintar bagi tahun ini.


Majlis Bandaraya Kuantan telah mengemukakan pencalonan bagi penarafan Bandar Pintar Tahap 2: Developing Smart City manakala Majlis Perbandaran Temerloh, Pekan dan Bentong serta Majlis Daerah Lipis dan Jerantut mengemukakan pencalonan bagi penarafan Bandar Pintar Tahap 1: Smart City Early Adopter.


Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, YB. Dato’ Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, dalam usaha memperoleh penarafan bandar pintar itu, sebanyak tujuh kompenan Bandar Pintar yang perlu diberi penekanan.


“Antaranya Smart Government, Smart Economy, Smart People, Smart Living, Smart Mobility, Smart Environment dan Smart Digital Infra.


“Dalam Smart Govenrment sebagai contohnya kita memberi peluang kepada masyarakat bagi mendapat maklumat atau data yang lebih terbuka dan perkongsian data antara negeri.


“Pelaksanaan Smart Economy pula untuk membolehkan digitalisasi dalam perniagaan, memberi sokongan kepada industri dan juga menggalakkan inovasi dalam perniagaan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas selesai menyempurnakan majlis perasmian Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Swiss-BelHotel, di sini hari ini.


Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia, YB. Tuan Md Nazri Abdullah dan Pengarah PLANMalaysia Negeri Pahang, YB. Puan Nik Noraisu Nik Ibrahim.


Tambahnya lagi, kesemua PBT terbabit telah menyediakan dan mengemukakan Pelan Tindakan Bandar Pintar masing-masing pada Julai lalu melalui Platform bandar Pintar Negara di bawah PLANMalaysia Ibu Pejabat untuk penarafan Bandar Pintar.


“Diharapkan dengan pelaksanaan bandar pintar ini dapat meningkatkan lagi kualiti kehidupan masyarakat dalam negeri Pahang ini,” katanya.


Sumber: Pahang Media

Comments


bottom of page