top of page

Empat projek PPR di Johor dijangka siap penghujung 2025


Empat projek PPR di Johor dijangka siap penghujung 2025
Gambar hiasan: Projek perumahan PPR

Empat projek PPR di Johor dijangka siap penghujung 2025

ISKANDAR PUTERI, 12 Mei- Empat Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijangka siap di Johor, dalam tempoh tahun ini hingga Disember tahun depan kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.


Sementara itu PPR Bandar Tenggara, Kluang dan PPR Pengerang Kecil, Kota Tinggi, dijangka siap September depan.


PPR Sembrong, Kluang pula kini siap 35 peratus dan projek itu dijangka siap pada Disember 2025, manakala PPR Masai, Johor Bahru sedang dalam proses lantikan kontraktor penyelamat.


Selain itu, kerajaan Johor bersama-sama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyelesaikan dua projek PPR sakit dalam negeri itu pada tahun ini.


"PPR Sahaya Senibong dan PPR Sungai Tiram merupakan PPR yang sebelum ini terbengkalai. Alhamdulilah tahun ini dua PPR ini, iaitu PPR Cahaya Senibong, 400 ratus unit, dan PPR Sungai Tiram, 700 unit, telah diserahkan pada bulan lepas dan bulan Mei," katanya semasa Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke 15 di Kota Iskandar di sini.


Selain itu, dua projek PPR baharu bakal diterima iaitu melibatkan kawasan Larkin dan Kluang, dan proses penilaian akan dijalankan, bagi menyediakan dokumen tender pada tahun ini.


Sumber: Berita RTM


Empat projek PPR di Johor dijangka siap penghujung 2025

Comments


bottom of page