top of page

Ehsan Property tawarkan perumahan terbaik di Mutiara Austin Residence


Ehsan Property tawarkan perumahan terbaik di Mutiara Austin Residence
Nama projek Mutiara Austin Residence itu diilhamkan untuk membangkitkan imej mutiara di lautan luas, terkenal dengan kecantikan dan signifikasinya sejak dahulu lagi.

Ehsan Property tawarkan perumahan terbaik di Mutiara Austin Residence

JOHOR BAHRU - Dalam usaha membina reputasi untuk konsep visual dan peruntukan bagi aset premiumnya, Ehsan Property menyokong pelaburan dalam seni bina yang inovatif merendahkan harga tanpa menjejaskan kualiti.


Oleh itu Ehsan Property mengumumkan pembangunan kediaman baharu iaitu Mutiara Austin Residence di Mount Austin di sini oleh Lintang Hebat Sdn Bhd, baru-baru ini.


Menurut Pengasas syarikat, Datuk Abdul Hamid P.V Abdu, Mutiara Austin Residence mempunyai beberapa kualiti yang lain dari lain dengan memiliki nilai jualan istimewa.


Antaranya, kedudukan projek yang berhampiran dengan pembangunan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura (KL-SG HSR) yang sedang dirancang oleh kerajaan merupakan faktor penting yang pertama.


"Terdapat permintaan tinggi untuk hartanah baharu di kawasan ini, dengan infrastruktur di kawasan sekitar dan projek KL-SG HSR yang akan datang. Pasaran hartanah juga lebih kukuh sekarang berbanding dua tahun lalu," katanya.


Beliau berkata, Mount Austin adalah kawasan pesat membangun dengan banyak sektor perkhidmatan, kemudahan kesihatan, komersial dan pendidikan termasuk Ikea, Lotus, Toppen, hospital, kolej serta universiti.


“Ehsan Property memilih Mount Austin sebagai lokasi untuk projek kami kerana banyak kemudahan di sekelilingnya dan berdekatan dengan pusat bandar raya Johor Bahru.


“Selain itu, Mount Austin terkenal dengan penawaran produk mewahnya yang menambah nilai demografi yang baik sehingga meningkatkan reputasi kawasan tersebut.


“Kami telah membuat kajian kes di kawasan itu dan faham bahawa terdapat permintaan yang kukuh untuk rumah mampu milik. Oleh itu kami memutuskan untuk memulakan projek kami di sini di Mount Austin. Ini adalah selaras dengan visi Ehsan Property iaitu ‘We Build For Your Needs’," katanya lagi.


Abdul Hamid juga menegaskan bahawa projek-projek hartanah berkenaan dibangunkan melalui urus niaga berasaskan prinsip syarikat, usahakonsisten dan pelaksanaan yang mahir dan bukannya melalui kekuatan fizikal.


Nama projek Mutiara Austin Residence itu diilhamkan untuk membangkitkan imej mutiara di lautan luas, terkenal dengan kecantikan dan signifikasinya sejak dahulu lagi.


Mutiara Austin Residence merangkumi tiga blok apartmen berservis sebanyak 650 unit dan ia merupakan projek pembangunan pangsapuri terbaharu oleh Lintang Hebat Sdn Bhd.


Terletak dalam lingkungan Mount Austin, ia hanya mengambil masa kira-kirsa lima minit pemanduan ke AEON Tebrau dan Ikea Tebrau.


Menurut beliau lagi, demografi sasaran untuk Mutiara Austin Residence adalah pasangan baru berkahwin, golongan profesional muda dan pembeli rumah pertama.


Abdul Hamid turut menambah, unit Jenis A dan unit Jenis B merupakan dua jenis unit yang menarik minat ramai pembeli berpotensi.


Unit Jenis A merupakan unit dengan 2+1 bilik dan 2 bilik dengan keluasan binaan 743 kaki persegi. Sementara unit Jenis B pula merupakan unit dengan 3 bilik dan 2 bilik mandi dengan keluasan binaan 862 kaki persegi.


"Kami mempunyai lebih banyak unit jenis ini dalam projek ini memandangkan ia tidak terlalu besar dan mampu milik untuk keluarga kecil dan pembeli rumah kali pertama.


“Kami menawarkan diskaun menarik kepada mereka yang membeli lot Bumiputera dan sebahagian daripada unit ini kami sediakan dengan perabot separa lengkap,” tambahnya.


Selain itu, Mutiara Austin Residence direka dengan falsafah rekaan hijau menyerlah di tingkat yang ada kemudahan melalui taman herba dan dikelilingi oleh rimbunan hijau.


Mutiara Austin Residence dijangka siap pada akhir tahun 2026 dengan Fasa 1 projek berkenaan telah mencecah 88 peratus dan fasa 2 dijangka akan dilancarkan pada Oktober depan.


"Secara keseluruhannya, kami menyasarkan kesemua unit kami habis terjual menjelang akhir 2023.


“Keyakinan ini berdasarkan kepada permintaan yang kami lihat, selain lokasi strategi projek di tengah-tengah Mount Austin," sambung Abdul Hamid lagi.


Jela beliau, Ehsan Property berhasrat untuk membina lebih banyak unit rumah mampu milik dan projek perumahan berkualiti tinggi pada masa hadapan dalam usaha untuk berkembang ke seluruh negara.


Setakat ini, lebih 4,000 unit telah siap sepenuhnya pada tahun ini yang merangkumi pelbagai projek yang dimajukan oleh syarikat ini. Sasaran syarikat untuk tahun hadapan adalah menyiapkan projek–projek tambahan.


Abdul Hamid menambah, projek-projek yang ingin Ehsan Property mulakan dalam tempoh lima tahun akan datang dijangka mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sekitar RM2 bilion termasuk wilayah utara dan selatan.


“Kami juga akan meluaskan projek syarikat ke bandar-bandar lain di seluruh negara pada masa hadapan.


“Syarikat sedang merangka beberapa projek hartanah mewah serta perumahan mampu milik di masa depan,” katanya.


Pada masa kini, Ehsan Property memiliki anggaran 3,442 unit projek perumahan yang akan dibangunkan di beberapa kawasan di seluruh negara dengan Nilai Pembangunan Kasar bernilai RM1.307 bilion.


Sumber: Sinar Harian


Ehsan Property tawarkan perumahan terbaik di Mutiara Austin Residence


Comentários


bottom of page