top of page

ECRL: Kerja pemindahan kubur Selat Klang selesai akhir bulan - MRL


ECRL: Kerja pemindahan kubur Selat Klang selesai akhir bulan - MRL
Gambar hiasan

ECRL: Kerja pemindahan kubur Selat Klang selesai akhir bulan - MRL

PETALING JAYA: Pengalihan dan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi membenarkan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka selesai pada akhir bulan ini.


Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata pihaknya sudah pun membuat perbincangan bersama waris, Jabatan Agama Islam Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semalam.


"Isu pembinaan yang banyak berbangkit di Selangor sudah selesai termasuk peralihan kubur di Selat Klang di mana syarikat menerima arahan untuk menangguhkan pemindahan itu buat sementara waktu sehingga 17 Mei ini.


"Perbincangan dengan waris secara ringkasnya adalah berkaitan bagaimana pihak kami ingin memindahkan kubur tersebut dan juga kaedah yang perlu dilakukan.


"Dari segi peraturan yang telah dimuktamadkan Jabatan Agama Islam Selangor, kita mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan pada hujung bulan ini," katanya semasa Majlis Sambutan Aidilfitri ECRL, hari ini, di sini.


Darwis berkata, kaedah-kaedah ini juga tentunya mendapat kelulusan daripada Majlis Fatwa Negeri Selangor yang diperolehi sebelum ini.


"Sepatutnya tidak ada isu-isu berbangkit tetapi pihak kami faham dari segi sensitiviti dan keresahan yang ditimbulkan oleh waris-waris yang terlibat.


"Pihak kami mengharapkan dengan kerjasama yang baik daripada semua pihak, proses menggerakkan pembinaan ini dapat dijalankan dalam masa yang terdekat seperti yang saya katakan tadi," katanya.


Beliau berkata, kawasan pemindahan kubur baru sudah dikenal pasti berdekatan dengan tapak perkuburan asal manakala bagi kawasan lain, ia telah berjalan dengan lancar.


Terdahulu, sebelum ini media melaporkan 90 waris mendakwa tapak kubur ahli keluarga mereka akan digali dan mereka mendakwa tapak kubur ahli keluarga akan digali dan hanya diberikan batu nisan sahaja sepanjang pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Tanah Perkuburan Selat Klang.


Katanya, mereka dikatakan tidak dibenarkan menghadiri proses penggalian dan pemindahan kubur dengan rata-rata jasad kurang daripada dua tahun.



ECRL: Kerja pemindahan kubur Selat Klang selesai akhir bulan - MRL

Comments


bottom of page