KUALA LUMPUR: Econpile Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM209.3 juta daripada Domain Resources Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja binaan besmen dan sub-struktur bagi cadangan pembangunan bercampur di Parcel 2 Pavilion Damansara Heights (PDH) di Jalan Damanlela, Kuala Lumpur.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Econpile berkata surat tawaran bertarikh 31 Jan, 2019, diterima anak syarikat milik penuhnya, Econpile (M) Sdn Bhd (EMSB), pada 11 Februari 2019.
“Tempoh kontrak itu selama 20 bulan.
“Kontrak itu adalah perniagaan teras EMSB dan dijangka menyumbang secara positif bagi menjana hasil dan pendapatan Econpile bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2019,” katanya. - BERNAMA
Sumber: Berita Harian
Comments