top of page

Econpile dapat kontrak kerja substruktur RM101.34 juta


Econpile dapat kontrak kerja substruktur RM101.34 juta
Econpile Holdings Bhd

Econpile dapat kontrak kerja substruktur RM101.34 juta

KUALA LUMPUR: Econpile Holdings Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM101.34 juta daripada Suriamega Development Sdn Bhd membabitkan kerja-kerja substruktur bagi pembangunan tiga blok pejabat kecil/pejabat rumah (SOHO) di sini.


Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Econpile yang juga kontraktor cerucuk, substruktur dan infrastruktur itu berkata kontrak itu diraih oleh anak syarikat milik penuhnya, Econpile (M) Sdn Bhd dan merangkumi masing-masing dua blok SOHO setinggi 50 tingkat dan satu blok SOHO 51 tingkat dengan kemudahan lantai podium serta ruang parkir kereta bawah tanah di lokasi di tepi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat.


"Kerja-kerja bagi projek itu dibahagikan kepada tiga bahagian atau seksyen dengan tarikh mula kerja yang berbeza dan setiap satunya dijadual siap dalam tempoh 18 bulan daripada tarikh mula itu," katanya.


Menurut Econpile, tarikh mula bagi Seksyen 1 adalah pada 2 Oktober 2023 manakala tarikh bagi dua seksyen lain akan dimuktamadkan kemudian.


Tarikh mula bagi Seksyen 2 adalah dalam tempoh enam bulan mulai hari ini manakala Seksyen 3 dimulakan dalam enam bulan berikutnya.


"Projek itu dijangka menyumbang secara positif ke atas perolehan hasil dan pendapatan syarikat bagi tempoh mulai tahun kewangan berakhir 30 Jun 2024 dan seterusnya," kata syarikat itu.


Sumber: Berita Harian


Econpile dapat kontrak kerja substruktur RM101.34 juta


Commenti


bottom of page