top of page

Dua tong gas meletup, bangunan dalam pembinaan terbakar


Pasukan bomba memadamkan kebakaran di sebuah bangunan yang sedang dalam proses pembinaan. - Foto Bomba KL

KUALA LUMPUR - Sebuah bangunan dalam pembinaan dilaporkan terbakar selepas dua tong gas meletup dalam kejadian di Bandar Tun Razak, Cheras di sini pada Rabu.


Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 2.17 petang dan menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dibantu BBP Jalan Hang Tuah ke lokasi kejadian.


Menurut kenyataan itu, hampir 30 minit masa diambil bagi memadamkan kebakaran di bangunan terbabit melibatkan kemusnahan sehingga 70 peratus.


"Kebakaran dapat dikawal pada jam 2.30 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.59 petang.


"Kebakaran tersebut turut melibatkan dua buah tong gas jenis acetylene dan keluasan kebakaran adalah 600 kaki persegi," menurut kenyataan itu pada Rabu.


Jelasnya, kejadian tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan.


Sumber: Sinar Harian

Comments


bottom of page