top of page

Dua pekerja sub kontraktor TNB cedera kabel meletup


IPOH - Dua pekerja sub kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) cedera apabila kabel voltan tinggi meletup ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan berhampiran pencawang TNB dekat Sauk, Kuala Kangsar kira-kira 59 kilometer dari sini hari ini.


Mangsa iaitu Mat Sham Hashim, 58, dan Mohd. Redhuan Mat Nasir, 32, masing-masing mengalami kecederaan di bahagian muka dan anggota badan lain.


Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Zainal Ahmad Taken berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.40 tengah hari sebelum menggerakkan satu jentera dengan lima anggota ke lokasi kejadian.


"Semasa kejadian pekerja itu dipercayai sedang melakukan kerja-kerja pembaikan kabel sebelum kabel tersebut meletup dan terkena mereka sebelum kedua-duanya terjatuh dari staging (perancah)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Zainal Ahmad berkata, kedua-dua mangsa di bawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan lanjut. - Bernama


Sumber: Kosmo!


Comments


bottom of page