top of page

Dua lagi lokasi no right turn di Melaka secara berperingkat


Dua lagi lokasi no right turn di Melaka secara berperingkat
KESESAKAN trafik di Persimpangan Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD

Dua lagi lokasi no right turn di Melaka secara berperingkat

MELAKA: Pelaksanaan inisiatif no right turn (tiada belok ke kanan) akan dilakukan secara berperingkat di dua lagi lokasi iaitu di Persimpangan Melaka Mall dan Persimpangan Kandang-Duyong bermula minggu depan.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, buat masa ini hanya Persimpangan Stadium Hang Jebat di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) sedang menjalani tempoh percubaan.


Menurut beliau, inisiatif berkenaan bertujuan untuk melihat keberkesanan penyuraian trafik pada waktu puncak.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

“Kita akan selesaikan percubaan di Persimpangan Stadium Hang Jebat dulu dan minggu depan akan laksanakan secara berperingkat di Persimpangan Melaka Mall dan Kandang-Duyong. Kita cuba buat satu demi satu dan lihat respon (pengguna) dahulu.


“Pelaksanaan ini masih dalam tempoh percubaan selama dua minggu. Kita akan lihat (nilai) sama ada inisiatif ini memberi kesan positif atau sebaliknya sebelum kajian semula dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menilai perkara ini,” katanya selepas tinjauan hari pertama pelaksanaan no right turn di Persimpangan Stadium Hang Jebat di sini, semalam.


Tambah Hameed Mytheen, kerajaan negeri akan menilai reaksi penduduk taman perumahan yang terlibat seperti di One Krubong dan Krubong Perdana berhubung pelaksanaan tersebut.


Katanya, setakat ini terdapat perkembangan positif selepas aliran trafik semakin lancar bermula dari Jejantas Cheng.


“Pergerakan waktu puncak pada sebelah petang juga turut diambil kira untuk melihat kelancaran pelaksanaan percubaan ini. Saya rasa (harap) selepas ini masyarakat akan dapat terima (pelaksanaan) secara perlahan-lahan,” ujarnya.


Sumber: Utusan


Dua lagi lokasi no right turn di Melaka secara berperingkat


Comments


bottom of page