top of page

Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding konkrit


Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding konkrit
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dari bawah runtuhan.

Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding konkrit

KOTA SAMARAHAN: Dua lelaki warganegara Indonesia maut selepas dihempap dinding konkrit di sebuah tapak pembinaan di Samarindah di sini, hari ini.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.25 pagi.


Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.


"Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku runtuhan dinding parit yang masih dalam pembinaan setinggi kira-kira lima kaki dan terdapat dua pekerja buruh binaan warganegara Indonesia terperangkap di bawah runtuhan tersebut.


"Pihak bomba menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan dua mangsa dengan bantuan pekerja binaan menggunakan jengkaut untuk akses penyelamatan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Tambahnya, kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan tersebut, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Mayat kedua-dua mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.


Mangsa yang meninggal dunia hanya dikenali sebagai Tadi, 29, dan Mustakim, 42.


Operasi penyelamatan tamat sepenuhnya pada jam 1 petang.  



Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding konkrit

Comments


bottom of page