top of page

Dinding parapet MRT Kajang memang direka begitu


Perkongsian di media sosial keadaan dinding parapet MRT Kajang yang dikatakan terjuntai dan berbahaya kepada orang ramai. - Foto portal media

KUALA LUMPUR: Ruang antara kepingan dinding parapet di sepanjang laluan bertingkat MRT Kajang di Kota Damansara memang direka begitu, sekali gus tidak berbahaya kepada orang ramai.


Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dalam kenyataannya menyebut, hasil pemeriksaan mendapati dinding parapet dipasang dengan baik dan berada dalam keadaan selamat.


MRT dalam kenyataannya berkata, penjelasan itu susulan perkongsian di media sosial dan laman sembang yang mendakwa terdapat dinding parapet yang terjuntai dan berisiko untuk jatuh.


"Sebahagian daripada komen dan perkongsian di laman sosial adalah tidak tepat dengan menyatakan beberapa kepingan parapet itu berada dalam keadaan terjuntai dan berbahaya.


"Ruang antara dinding parapet itu sememangnya telah direka sedemikian rupa. Parapet itu diletakkan di bahagian sudut untuk memenuhi jalan raya yang melebar berhampiran stesen," kata kenyataan itu.


Pemeriksaan berkenaan telah dijalankan bersama pengendali laluan MRT Kajang, Rapid Rail Sdn Bhd.


"Justeru, MRTCorp ingin meyakinkan orang ramai bahawa tidak ada risiko struktur dinding parapet terjatuh.


"Pemeriksaan berkala turut dilakukan bagi semua aset Laluan MRT Kajang bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik dan tidak menimbulkan bahaya kepada orang ramai," katanya.


Pada 19 September lalu, seorang wanita nyaris maut apabila keretanya ditimpa dinding parapet Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang dalam pembinaan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).



818 views

Comentários


bottom of page