top of page

Dewan Rakyat: Prestasi belanja projek pembangunan di Sabah, Sarawak rendah


Dr Zaliha menjawab soalan berkaitan pembangunan pada Waktu Pertanyaan - Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini. Foto kredit, Jabatan Penerangan Malaysia.

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Prestasi belanja projek pembangunan di Sabah dan Sarawak didapati agak rendah berbanding jumlah peruntukan yang diterima, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata, Sabah dan Sarawak masing-masing menerima RM6.67 bilion dan RM5.81 bilion.


Namun jelas beliau prestasi belanja ialah sebanyak 46.7 peratus bagi Sabah dan 54.43 peratus bagi Sarawak iaitu di bawah prestasi keseluruhan.


“(Selain itu) Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah projek tertinggi iaitu 1,244 dan 1,124 berbanding Perlis yang hanya mempunyai 172 projek.


“Negeri di Semenanjung Malaysia yang mencatatkan prestasi belanja terendah ialah Kedah pada kadar 53.43 peratus,” katanya pada Waktu Pertanyaan – Pertanyaan Bagi Jawab Lisan di sini hari ini.


Beliau menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan – Kota Belud) yang ingin tahu jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan berserta peratusan dan jumlah projek pada 2024 untuk setiap negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia serta jumlah prestasi belanja berbanding peruntukan asal setakat Oktober 2024.


Isnaraissah Munirah juga ingin tahu penambahbaikan prosedur pelaksanaan projek di Sabah dan di Sarawak agar lebih berkesan serta tidak mengalami kelewatan.


Mengenai kelewatan projek, Dr. Zaliha memaklumkan antara faktornya termasuklah isu pengalihan dan penyambungan utiliti.


“Dalam hal ini kerajaan telah menubuhkan Mesyuarat Task Force Utili bersama pemilik projek dan agensi perlaksaan bagi memastikan projek dapat berjalan lancar.


“Jumlah projek di Sabah banyak, antara tertinggi berbanding negeri lain dan ini turut menyumbang kepada kelewatan kerana kapasiti perlaksaaan agak rendah,” katanya.


Sementara itu Dr Zaliha Mustafa turut bersetuju terhadap cadangan supaya Ahli Parlimen turut dilibatkan untuk mempercepatkan pembangunan di kawasan masing-masing.


Jelasnya perkara itu terbahagi kepada dua fasa yang antaranya termasuk pertemuan dengan Datuk Bandar di kawasan masing-masing.


“Ia melibatkan sesi konsultansi namun jika ia tidak berakhir di situ, maka boleh berjumpa dengan saya tiga bulan sekali,” katanya.


Sumber: TVS

Hozzászólások


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page