top of page

Dewan Rakyat: 18 projek perumahan PR1MA dikesan sakit, bermasalah


Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)  projek sakit
Gambar hiasan.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT)  projek sakit

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mendapati terdapat sebanyak 18 projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang sedang dibina di seluruh negara dikategorikan sebagai projek sakit atau bermasalah.


Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, pasukan khas yang diwujudkan oleh kementerian bagi mengenal pasti projek rumah lewat, sakit dan terbengkalai telah menyasarkan 10 projek daripada projek sakit itu dapat diselesaikan dalam tempoh setahun.


“Namun begitu ia bergantung kepada situasi atau keadaan semasa termasuk soal tenaga kerja, kelulusan di peringkat Kerajaan Tempatan mahupun daripada utiliti dari segi komitmen.


“Menerusi pasukan khas ini, kementerian bukan sahaja dapat memantau rapi rumah lewat, sakit dan terbengkalai yang dibina atau diusahakan agensi atau syarikat berkaitan kerajaan tetapi juga projek perumahan swasta,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) yang ingin tahu mengenai jumlah projek PRIMA terbengkalai di seluruh negara dan kriteria tanah yang dipilih untuk pelaksanaan projek tersebut.


Tambah Akmal Nasrullah, Menerusi pasukan khas ini, kementerian bukan sahaja dapat memantau rapi rumah lewat, sakit dan terbengkalai yang dibina atau diusahakan agensi atau syarikat berkaitan kerajaan tetapi juga projek perumahan swasta.


Ketika menjawab mengenai inisiatif untuk membantu pembeli rumah pertama khususnya golongan B40, Akmal Nasrullah berkata antara langkah yang dilakukan oleh kementeriannya adalah dengan bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dengan melancarkan Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya).


“Satu daripada program di bawahnya (i-Biaya) adalah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) iaitu pembiayaan perumahan tanpa perlu membayar wang pendahuluan yang ditawarkan kepada golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau kumpulan gig ekonomi.


“Dalam pembentangan Belanjawan Madani 2023, kerajaan bercadang untuk meneruskan inisiatif ini melalui jaminan sehingga RM5 bilion dengan nilai pinjaman untuk manfaat 20,000 peminjam yang memerlukan. Sebagai perbandingan, belanjawan sebelum ini hanya sekitar RM2 bilion,” ujarnya.


Sumber: Kosmo!


Comments


bottom of page