DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga kini telah memasang sebanyak 5,000 unit CCTV di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur untuk tujuan pemantauan trafik dan pengurusan bandar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata bermula pada tahun 2025, sebanyak 5,000 unit CCTV lagi akan di pasang dan dijangka siap dan beroperasi pada awal tahun 2026 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 10,000 unit CCTV.
“CCTV ini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem pengesanan Artificial Intelligence (AI). Terdapat 20 fungsi AI yang digunakan untuk tujuan pengurusan trafik dan pengurusan bandar berkonsepkan bandar selamat dan bandar pintar,” katanya dalam jawapan lisan di parlimen semalam.
Beliau berkata DBKL juga telah membangunkan aplikasi mudah alih ‘City Manager’ untuk tujuan pengurusan bandar menggunakan CCTV.
“Informasi kesalahan yang dikesan AI akan terus di hantar ke jabatan melalui telefon bimbit secara ‘Real Time’ untuk tindakan,” katanta.
Sumber: Wilayah Ku
Comments