top of page

DBKL laksana sistem KLIS berkuat kuasa 15 Januari


KUALA LUMPUR 30 Jan. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan sistem Penyerahan Bersepadu Kuala Lumpur (KLIS) untuk semua permohonan berskala kecil kediaman berkuat kuasa 15 Januari lalu.


Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, KLIS merupakan satu sistem elektronik untuk pemaju membuat penyerahan dan memproses permohonan secara dalam talian melibatkan permohonan kelulusan perintah pembangunan, pelan bangunan dan pelan kejuruteraan.


“KLIS bercirikan ‘online submission’, ‘online processing’, ‘online payment’, ‘digital signature’, ‘self monitoring’ dan ‘paperless’. Ini juga disifatkan sebagai ‘mobile friendly’ yang membolehkan permohonan dibuat tanpa had masa dan di mana sahaja.


“Dengan pelaksanaan penuh sistem KLIS ini, Pusat Khidmat Setempat (OSC) DBKL tidak lagi menerima permohonan secara manual di kaunter OSC,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Kuala Lumpur Low Carbon Society Blueprint 2030 dan KLIS di Menara DBKL 1, di sini hari ini.


Sumber: Utusan Online


32 views

Kommentare


bottom of page