top of page

China-Thailand tingkat kerjasama pelbagai bidang


China-Thailand tingkat kerjasama pelbagai bidang
Gambar hiasan: Kerjasama Thailand dan China

China-Thailand tingkat kerjasama pelbagai bidang

BEIJING: Menteri Luar China, Wang Yi, pada Sabtu bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai, yang sedang dalam lawatan ke Beijing, lapor Xinhua.


Sambil menyatakan perkembangan hubungan dua hala tidak akan terjejas oleh perubahan dalam keadaan antarabangsa atau perkembangan domestik di Thailand, Wang, yang juga anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China berkata Thailand dipercayai akan mengekalkan kestabilan dan pembangunan yang berterusan.


Wang berkata China bersedia untuk memperdalam kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Thailand, menggesa mempercepatkan pembinaan landasan kereta api China-Thailand dan laluan sambungan kereta api China-Laos-Thailand selain usaha bersama membanteras kegiatan jenayah rentas negara, termasuk penipuan telekomunikasi.

Kerjaya Madani Politeknik Shah Alam

Beliau juga menyatakan kesediaan China untuk terus menyokong pembinaan komuniti ASEAN, menyokong pemusatan ASEAN dan menyokong usaha bersama untuk membina pusat pertumbuhan ekonomi.


"China juga bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk mempercepatkan perundingan mengenai kod tata laku di Laut China Selatan.


"Kita harus berusaha untuk pembentukan awal peraturan serantau yang berkesan lagi substantif, dan membangunkan Laut China Selatan menjadi 'laut keamanan, persahabatan dan kerjasama," kata Wang.


Beliau menegaskan, negara serantau juga harus berwaspada terhadap kuasa di luar wilayah yang mencetuskan konfrontasi berasaskan kumpulan dan menggalakkan mentaliti Perang Dingin, yang akan merosakkan keamanan dan kestabilan yang sukar diperoleh.


Don berkata dalam keadaan semasa yang semakin meningkatkan ketidaktentuan antarabangsa dan serantau, Thailand bersedia untuk memperkuatkan lagi dialog dan pertukaran dengan China.


Kedua-dua negara juga mahu memperdalamkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, mempromosikan sambungan landasan kereta api China-Laos-Thailand, dan berusaha untuk pembangunan bersama. - BERNAMA-XINHUA


Sumber: Berita Harian


China-Thailand tingkat kerjasama pelbagai bidang


Comments


bottom of page