top of page

Cerun runtuh, Jalan tengkolok di Cameron Highlands ditutup untuk kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan



KUANTAN - Laluan Jalan Tengkolok, Seksyen 0.40, di lokasi 50 meter sebelum simpang Perumahan Makmur Cameron Jaya (PRIMA) Tanah Rata, Cameron Highlands ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula hari ini ekoran kejadian cerun runtuh.


Jabatan Kerja Raya (JKR) Cameron Highlands dalam kenyataan memaklumkan laluan berkenaan ditutup sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak dan kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan sedang giat dijalankan.


"Pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda keselamatan yang disediakan. Segala kesulitan atau pertanyaan boleh berhubung dengan pihak JKR Cameron Highlands menerusi talian 05-4911 105,” menurut kenyataan itu.


Sumber: Sinar Harian

Comentarios

No se pudieron cargar los comentarios
Parece que hubo un problema técnico. Intenta volver a conectarte o actualiza la página.
EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page