
HSR sebagai Pemangkin Ketersambungan
Projek HSR akan meningkatkan hubungan antara Kuala Lumpur dan Singapura, mengurangkan masa perjalanan dari beberapa jam kepada hanya 90 minit.
Dapat mengatasi kesesakan di Tambak Johor dan pusat pemeriksaan CIQ.
Memudahkan perjalanan ahli perniagaan dan meningkatkan perdagangan serta pelaburan serantau.
Faedah Sosial & Ekonomi
Mempercepatkan penghantaran barangan dan meningkatkan perdagangan dua hala.
Menggalakkan integrasi ekonomi dan budaya antara Malaysia dan Singapura.
Memudahkan akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan.
Pembiayaan & Cabaran Projek
Kos dianggarkan RM100 bilion.
Pakar mencadangkan model Perkongsian Awam-Swasta (PPP) untuk memastikan projek lebih mampan.
Risiko tinggi jika hanya bergantung kepada entiti swasta kerana melibatkan pelaburan besar.
Perkembangan Semasa & Fasa Kajian
Masih di peringkat konsep awal (preliminary).
Kajian jajaran terperinci termasuk impak sosial dan alam sekitar akan dijalankan dalam fasa RFP.
Kerajaan akan memastikan impak sosial minimum terutama dalam aspek pengambilan tanah.
Potensi Pembangunan Sekitar Stesen HSR
Mewujudkan peluang pembangunan hartanah seperti perumahan, ruang komersial, dan pembangunan bercampur.
Projek kini dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta tanpa kos daripada kerajaan.
Sumber: MalaysiaKini, Wilayah Ku
Comments