top of page

Cadangan baharu projek HSR dikemukakan selepas peroleh keputusan


Cadangan baharu projek HSR dikemukakan selepas peroleh keputusan
Gambar hiasan: Keretapi laju di China

Cadangan baharu projek HSR dikemukakan selepas peroleh keputusan

KUALA LUMPUR – Cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura akan dikemukakan sebaik sahaja keputusan awal di peringkat kerajaan diperoleh.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan baharu itu nanti akan dibawa oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook untuk pertimbangan Singapura.


“Di peringkat kita, sebaik ada keputusan awal baru akan diangkat oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia di sini hari ini.


Sebelum ini, dilaporkan kerajaan Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek HSR selepas negara itu menyatakan persediaan untuk berbincang mengenai pelaksanaan semula projek tersebut.


Malaysia baru-baru ini memulakan proses untuk menghidupkan semula projek HSR yang dibatalkan pada 2021, dengan sesi taklimat Permintaan Maklumat (RFI) oleh MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR Corp) pada 27 Julai lalu dihadiri 700 pihak berkepentingan dan sejumlah wakil asing.


Sumber: Kosmo!


Cadangan baharu projek HSR dikemukakan selepas peroleh keputusan


Comments


bottom of page