top of page

Buruh ditemui selepas empat jam


MAYAT seorang buruh warga Bangladesh yang tertimbus selepas lantai dan besi perancah bangunan dalam binaan runtuh di Taman Hi-Tech Subang, Subang Jaya, ditemui pada 9.40 malam, hari ini.


Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Nurizham Mohd Nudin berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengeluarkan mangsa daripada runtuhan itu.


“Kami berdepan kesukaran untuk mengeluarkan mayatnya berikutan runtuhan itu dan perlu mengalihkan semua besi berkenaan yang tersangkut antara satu sama lain.


“Dalam masa sama, proses itu perlu dilakukan dengan segera memandangkan struktur bangunan masih tidak stabil berikutan kejadian runtuhan berkenaan.


“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi bedah siasat dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Terdahulu, dalam kejadian 4.44 petang, mangsa berusia 43 tahun baru selesai melakukan kerja di tapak binaan berkenaan sebelum lantai bangunan serta besi perancah runtuh dan menimbus mangsa.


Sumber: https://www.hmetro.com.my


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page