top of page

Bintai Kinden rombak perniagaan, teroka sektor hartanah


Bintai Kinden rombak perniagaan, teroka sektor hartanah
Bintai Kinden Corporation Bhd

Bintai Kinden rombak perniagaan, teroka sektor hartanah

KUALA LUMPUR: Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) melaksanakan pendekatan berdisiplin dikenali 'Kembali kepada Asas, Laluan ke Keuntungan' (B2BP2P) untuk merealisasikan sistem pengurusan bersepadu bagi menyokong pelan perniagaannya.


Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tay Chor Han, berkata pendekatan yang digunakan kumpulan itu dijangka memberi sokongan kepada setiap aspek operasi dan sistem rantaian bekalan.


Katanya, BKCB telah merombak model perniagaan dengan meletakkan asas yang kukuh dan membawa fokus pada tahap pelaksanaan untuk membina masa depan yang mampan.


"Kami akan meneroka industri pembangunan hartanah dan optimistik dengan prospeknya yang akan mengembangkan kontrak dalam tangan kami.


"BKCB akan menggunapakai kaedah pembinaan yang inovatif untuk mengurangkan kos pembinaan supaya kami dapat menawarkan projek pembangunan hartanah yang direka khas dan lebih berkualiti kepada pelanggan kami di masa terdekat," katanya kepada BH.


Chor Han berkata, BKCB kekal optimistik dengan projek asrama dan mahukan penyelesaian yang segera dengan Kolej Teknologi Islam Melaka Bhd (KTIMB) dan Kerajaan Negeri Melaka.


"Kami percaya pada kemungkinan hasil positif menang-menang untuk semua pihak berkepentingan projek ini. Apa yang mungkin berlaku pada masa hadapan, adalah penting untuk mengakui kemungkinan tindakan yang digariskan dalam Klausa 11 CA.


"Jika cabaran berterusan, Optimal Property Management Sdn Bhd (OPM) yang juga anak syarikat kami mungkin terpaksa menamatkan Perjanjian Konsesi (CA) sebagai pilihan seperti yang dibenarkan di bawah peruntukan kontrak CA.


"Tanpa mengambil kira butiran CA, BKCB percaya ia mempunyai alasan kukuh untuk menggunakan haknya di bawah CA yang membenarkan tuntutan sekurang-kurangnya RM393 juta daripada KTIMB," katanya.


Mengulas mengenai KTIMB, beliau menjelaskan, bagi memastikan ketelusan dan komunikasi terbuka dengan pihak berkepentingan, BKCB komited untuk memastikan pemakluman berhubung kemajuan penyelesaian hutang, perubahan operasi dan usaha niaga baharu dilakukan dengan baik.


"Walaupun keutamaan untuk penyelesaian menang-menang secara baik antara pihak berkaitan, sebagai syarikat tersenarai awam, kami terikat dengan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kejelasan kepada para pemegang saham kami.


"Kami telah menyediakan kemas kini bulanan secara tetap melalui pelbagai saluran komunikasi terutamanya kepada Bursa Malaysia, siaran akhbar terpilih serta komunikasi terus dengan pemegang kepentingan kami.


"Dengan berbuat demikian, kami berhasrat untuk bukan sahaja memaklumkan pihak berkepentingan kami tetapi juga untuk menunjukkan dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi terhadap ketelusan, akauntabiliti dan kejelasan," katanya.


Pada 3 Disember 2015, Kerajaan Negeri Melaka melalui entiti milik penuhnya (terhad oleh Jaminan Negeri), KTIMB menganugerahkan CA 25 tahun untuk mereka bentuk, membina, mengendali dan menyelenggara 'Cadangan Membangunkan Penempatan Pelajar Di Dalam Kampus Dengan Konsesi Pelajar Bagi Jangkamasa 25 Tahun Untuk 7,002 Pelajar (Kompleks Asrama atau Projek Asrama).


Projek Asrama itu dibiayai oleh OPM melalui sumbernya sendiri serta pembiayaan berjumlah RM109 juta daripada MBSB Bank Bhd (MBSB) dengan pembiayaan itu telah dijamin oleh Jaminan Korporat BKCB.


Sebagai sebahagian daripada perjanjian pembiayaan projek, Ketua Menteri Memperbadankan Melaka (CMI) melalui Surat Aku janji, bersetuju tidak boleh ditarik balik, dengan nyata dan tanpa syarat dan berjanji untuk menambah nilai sekiranya berlaku sebarang kekurangan dalam Kadar Caj Ketersediaan Suku Tahunan dan Tahunan (ACR).


Mengikut CA, pembayaran ACR bermula selepas Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan pada 27 September 2019.


Pelajar di Kolej Universiti Islam Melaka (yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai Universiti Islam Melaka atau "UNIMEL") mula menduduki Kompleks Asrama pada Disember 2019.


Chor Han berkata, malangnya, KTIMB lambat membayar ACR telah memungkiri kewajipannya mengikut CA.


"ACR tertunggak pada Disember 2023 berjumlah kira-kira RM58.6 juta dan ia terus meningkat kerana OPM tidak menerima sebarang bayaran daripada KTIMB sejak awal 2023.


"Walaupun begitu, mengikut komitmen CA, OPM terus mengendalikan dan menyelenggara kompleks asrama untuk KTIMB dengan sebaik mungkin sehingga ke tahap ini.


"Kami secara terbuka merayu kepada Kerajaan Negeri Melaka, sebagai pemilik penerima utama Projek Asrama untuk menangani pembayaran tertunggak dan bayaran masa depan bagi membolehkan OPM mendapatkan kembali pulangan pelaburannya – seperti yang dipersetujui dalam CA," katanya.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan, kekurangan bayaran daripada KTIMB dan pembayaran balik pembiayaan MBSB meletakkan BKCM di bawah tekanan kewangan yang teruk.


"Ini menyebabkan OPM gagal membayar ansuran pembayaran balik pinjaman Mac 2023.


Akibatnya, BKCB telah mencetuskan Para 2.1(f) Nota Amalan 17 (PN17) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama ("MMLR") Bursa Malaysia Securities Bhd. telah diklasifikasikan sebagai sebagai penerbit tersenarai terjejas (penerbit PN17) dengan berdasarkan Notis Penamatan bertarikh 29 Mac 2023 yang dikeluarkan oleh MBSB memandangkan BKCB sebagai Penjamin Korporat dan OPM sebagai Peminjam berkenaan dengan Kemudahan Perbankan Islam disediakan MBSB.


"Klasifikasi PN17 telah memberi kesan yang mendalam kepada BKCB, membawa kepada penggantungan dan/atau penamatan kemudahan perbankan Kumpulan serta penamatan beberapa kontrak pelanggan utama yang berjalan melebihi RM207 juta," katanya.



Bintai Kinden rombak perniagaan, teroka sektor hartanah

Comments


bottom of page