top of page

Bina Puri menang projek bekalan air di Serian, Sarawak bernilai RM113.29 juta



KUALA LUMPUR 4 Nov – Bina Puri Holdings Bhd, milik penuh Bina Puri Builder Sdn Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM113.29 juta daripada Tokoh Ilham Sdn Bhd, untuk menyiapkan pembinaan saluran paip air , kerja sivil dan struktur di bawah projek yang dikenali sebagai “Cadangan Bekalan Air Wilayah Serian Fasa II (Peringkat 1)”, satu inisiatif penting yang diketuai oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak (JBALB).


Kontrak itu dijangka siap menjelang April 2027 dan dijangka memberi kesan positif kepada pendapatan dan aset bersih Kumpulan sepanjang tempohnya.


Pengarah Urusan Kumpulan Bina Puri dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kevin Chai Chan Tong berkata, dengan rekod prestasi yang kukuh di Sarawak, termasuk projek mercu tanda seperti Dewan Undangan Negeri Sarawak (“DUN”) dan Plaza Merdeka, Bina Puri bersedia memperdalam komitmennya terhadap pembangunan tempatan.


"Kontrak ini menyokong tumpuan strategik kami terhadap pertumbuhan yang mampan dan mengukuhkan dedikasi kami untuk memacu kemajuan di Sarawak.


"Bina Puri kekal komited untuk mencapai kecemerlangan dalam sektor pembinaan dan infrastruktur. Kami akan berterusan dalam meningkatkan perniagaan teras kami untuk mencapai hasil yang teguh.” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, kontrak itu dijangka terus menyumbang secara positif kepada profil pendapatan Bina Puri, sekali gus memberikan Syarikat keterlihatan pendapatan yang sihat untuk bergerak ke hadapan.


Kumpulan itu kini mempunyai buku pesanan RM1.2 bilion untuk segmen pembinaan dan hartanahnya.


Sumber: Dagang News

Kommentare


bottom of page