top of page

Bina Jajaran Rel Selangor sepanjang 221km, rentasi Sabak Bernam, Sepang


Terowong Gombak sepanjang 959 meter dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Kampung Batu 12, Gombak pada 29 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

SHAH ALAM, 15 NOV: Jajaran Rel Kita Selangor akan dibina membabitkan laluan Sabak Bernam merentasi Sepang hingga Negeri Sembilan, kata Dato’ Menteri Besar.


Dato’ Seri Amirudin Shari berkata laluan sepanjang 211 kilometer (km) akan turut disokong beberapa laluan iaitu ke Pelabuhan Barat, Klang; Putra Heights dan Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya.


“Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti kebolehlaksanaan cadangan tersebut melalui satu kajian yang dijangka akan selesai pada Januari 2025.


“Pembinaan Jajaran Rel Kita Selangor kelak dijangka dapat memberi impak positif yang ketara dari aspek fizikal dan sosio ekonomi di Selangor,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025.


Amirudin menjelaskan penyediaan Jajaran Rel Kita Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyediakan satu sistem pengangkutan awam sekali gus membantu ke arah karbon sifar.


Jelasnya, pembinaan Jajaran Rel Kita Selangor kelak dijangka akan dapat memberi impak positif yang ketara dari aspek fizikal dan aspek sosio ekonomi di negeri ini.


“Projek ini dijangka dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di sepanjang koridor jajaran serta memberi manfaat kepada Selangor dalam jangka masa panjang dan pendek.


“Ia juga dijangka membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat selain menyokong aktiviti pembinaan sektor seperti perhotelan, perdagangan dan logistik,” katanya.


Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan kajian kebolehlaksanaan Jajaran Rel Kita Selangor di pantai barat negeri melalui peruntukan RM3 juta.


Jajaran Rel Kita Selangor  di pantai barat itu membabitkan dari Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang, dan Sabak Bernam, serta meneroka potensi jajaran sedia ada iaitu dari Kuang ke Kuala Selangor.


Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page