top of page

BIM bukan sekadar 'software', tetapi adalah kaedah pengurusan maklumat projek yang menyeluruh




Ramai kontraktor kecil dan sederhana masih berhadapan dengan halangan besar untuk memanfaatkan teknologi seperti Building Information Modeling (BIM), disebabkan kekangan kos, keselesaan dengan kaedah tradisional, dan kebimbangan terhadap teknologi baharu.


Kenapa BIM Penting untuk Kelangsungan Bisnes?


Pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mula memanfaatkan kaedah BIM dalam projek-projek kerajaan. Langkah ini bukan sahaja membantu meningkatkan kecekapan pengurusan projek tetapi juga:

  • Mengurangkan pembaziran kos melalui analisis yang lebih terperinci.

  • Memudahkan komunikasi maklumat antara kontraktor, konsultan, dan klien.

  • Meningkatkan kawalan kualiti dan ketelusan sepanjang kitaran hayat projek.

Dengan perubahan ini, kontraktor yang tidak bersedia untuk mengadaptasi BIM mungkin menghadapi cabaran untuk kekal kompetitif dalam sektor pembinaan yang semakin maju.


Cabaran Kontraktor Tempatan


Sebilangan besar kontraktor kecil dan sederhana selalu menghadapi cabaran seperti:

  1. Kos pelaburan awal: Software dan latihan BIM sering dianggap mahal.

  2. Terlalu selesa dengan kaedah lama: Amalan cara kerja sedia ada atau menggunakan software lama yang dirasakan sudah mencukupi.

  3. Ketidakpastian terhadap teknologi baru: Ramai takut pelaburan dalam BIM tidak memberikan pulangan yang setimpal atau membebankan aliran tunai syarikat.


Namun, hakikatnya, penggunaan BIM boleh menjadi penyelesaian utama untuk mengurangkan pembaziran masa dan kos yang sering tidak disedari dalam kaedah tradisional.


Tawaran Terakhir 2024! 2025 Jadi Lebih Baik Dengan Ilmu BIM


Bagi membantu kontraktor tempatan meneroka kaedah BIM, Innovacia Sdn Bhd menawarkan peluang eksklusif: potongan harga sehingga 50% untuk sesi latihan BIM dan software. Ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan untuk memahami asas BIM tanpa risiko kos tinggi.

Latihan ini direka khusus untuk:

  • Memberi pendedahan awal kepada prinsip asas BIM dan senarai software yang pelbagai.

  • Menunjukkan bagaimana BIM sebenarnya boleh mengoptimumkan pengurusan projek pembinaan.

  • Menyediakan laluan kepada penggunaan software BIM yang sesuai mengikut keperluan projek, lain software, lain keperluan projek.


BIM: Lebih daripada Sekadar Perisian


Adalah penting untuk memahami bahawa BIM bukan sekadar software. Ia adalah kaedah pengurusan projek yang menyeluruh, merangkumi semua aspek:

  • Merancang dan mereka bentuk dengan ketepatan tinggi.

  • Mengelak salah faham antara pihak berkepentingan, termasuk kontraktor, konsultan, dan pemilik projek.

  • Membantu dalam pengurusan fasiliti jangka panjang selepas projek siap, sama ada untuk bangunan atau infrastruktur.


Dengan memanfaatkan BIM, kontraktor dapat meningkatkan daya saing mereka dalam industri, mengurangkan risiko pembaziran, dan meningkatkan nilai projek yang disampaikan kepada klien.


Teruslah Maju Ke Hadapan


Masa depan industri pembinaan di Malaysia semakin terarah kepada digitalisasi dan automasi. Berada di takuk lama adalah satu risiko! Dengan tawaran akhir tahun daripada Innovacia, ini adalah peluang terbaik untuk kontraktor kecil dan sederhana melangkah ke hadapan dalam dunia BIM.


Jangan lepaskan peluang ini. Ambil langkah pertama untuk mengubah cara anda mengurus projek pembinaan supaya dapat kekal relevan dalam industri yang sentiasa berubah dan persaingan yang semakin sengit.


Maklumat lanjut untuk latihan BIM dan tawaran software yang masih ada,


Comments


bottom of page