top of page

Beli harga kondo, dapat kualiti rumah mampu milik


Beli harga kondo, dapat kualiti rumah mampu milik
Pembeli kondominium di Bukit Serindit, Melaka kecewa apabila mahligai impian yang dibeli pada 2019, tidak seperti yang dijanjikan.

Beli harga kondo, dapat kualiti rumah mampu milik

MELAKA – Siling tidak sekata, paip senget, tingkap tersekat dan lantai jubin tidak padat yang disifatkan lebih teruk dari kualiti rumah mampu milik, sedangkan unit kondominum dibeli berharga lebih RM250,000.


Itu kekecewaan dihadapi kira-kira 700 pembeli dua blok kondominium di Bukit Serindit, di sini, apabila mahligai impian yang dibeli pada 2019, tidak seperti yang dijanjikan.


Rata-rata pembeli mendakwa, kualiti bahagian dalam unit rumah berkeluasan kira-kira 850 kaki persegi itu tidak memenuhi spesifikasi seperti diiklankan sebaik sahaja menerima kunci pada 24 Januari lalu.


Seorang pembeli yang juga pengurus bank, Nor Baizura Burhanuddin, 39, berkata, segala kecacatan dan perubahan kualiti binaan itu tidak pernah dimaklumkan kepada mereka ketika projek itu sedang berjalan.


“Sebab itu, hari ini kami hendak dapatkan keadilan kerana banyak benda yang dijanjikan tidak diperolehi termasuklah nama asal residensi lain telah ditukar kepada nama lain.


“Kami hendak tahu apakah usaha penyelesaian bagi semua isu-isu ini termasuk memperbaiki ‘kecacatan’ dalaman rumah berharga lebih RM200,000 ini,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.


Jururawat hospital, Mohd Ridwan Abdul Satar, 33, berkata, tujuannnya membeli kondominium itu pada 2019 kerana dijanjikan sebagai persekitaran rumah yang dipenuhi kehijauan.


“Tapi apa yang kami dapat sekarang hanyalah dinding batu yang tak sempurna termasuk cat rumah yang belum duduk pun dah nampak terhakis.


“Banyak lagi fasiliti yang amat tidak menarik tidak setaraf iklannya sebagai kondominum dan kami tiada masalah menerima jika unit ini adalah pangsapuri mampu milik,” katanya.


Pesara, Asrol Dahari, 60, mendakwa, pembelian unit kondominium itu tidak berbaloi sama sekali dengan nilai harga yang dibayar kepada pemaju.


“Terlalu banyak kecacatan dihadapi lebih 50 peratus pembeli dan saya berharap pihak pemaju akan mengambil tindakan segera memperbaikinya,” luahnya.


Dilema dan kekecewaan dihadapi pembeli itu turut disuarakan dalam satu majlis dialog antara pembeli, pemaju dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.


Beliau ketika ditemui selepas dialog selama lebih tiga jam itu berkata, pihaknya memberi tempoh antara seminggu hingga sebulan kepada pemaju untuk menyelesaikan beberapa isu yang dibangkitkan pembeli.



Beli harga kondo, dapat kualiti rumah mampu milik

Comments


bottom of page