top of page

Beberapa projek infrastruktur sedang dilaksana, atasi kesesakan lalu lintas Kuching-Samarahan


Beberapa projek infrastruktur sedang dilaksana, atasi kesesakan lalu lintas Kuching-Samarahan

Beberapa projek infrastruktur sedang dilaksana, atasi kesesakan lalu lintas Kuching-Samarahan

KUCHING: Kerajaan sedang melaksanakan beberapa projek pembangunan infrastruktur bagi bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di antara Bandaraya Kuching-Samarahan dalam jangka masa panjang.


Timbalan Menteri Perancang Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh (gambar) berkata, antaranya membangunkan Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) yang melibatkan laluan bagi Transit Aliran Automasi (ART) laluan 1.


“Laluan satu melibatkan dari Rembus, Kota Samarahan sehingga ke Hikmah Exchange bagi mengurangkan kebergantungan terhadap penggunaan kenderaan persendirian.


“Ia seterusnya menggalakkan penggunaan pengangkutan awam di bandar raya Kuching dan Samarahan,” katanya pada persidangan DUN di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan daripada Datuk Hamzah Ibrahim (GPS-Stakan) mengenai perancangan strategik Kerajaan untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di antara Bandaraya Kuching dan Samarahan.


Len Talif berkata, selain daripada jajaran jalan raya sedia ada, beberapa jalan alternatif yang menghubungkan Kuching dan Samarahan sedang dilaksanakan.


“Ia termasuk jalan penghubung dari Kampung Tanjung Bako sedia ada ke Estet Perindustrian Samarahan (Extension) yang dijangka siap pada 8 Februari 2026. 


“Projek ini termasuk pembinaan jambatan merentasi Sungai Sarawak ke kawasan Sejingkat yang dijangka siap pada suku ketiga tahun 2025. 


“Kedua-dua projek tersebut bernilai RM472.7 juta,” katanya.


Beliau memaklumkan projek lain  jalan penghubung dari kawasan Stutong ke Jalan Datuk Muhamad Musa Samarahan adalah sebahagian daripada Projek Pembinaan Jalan Akses ke kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.


Katanya ia melibatkan pembinaan tiga jambatan konkrit dan keseluruhan projek bernilai RM266 juta yang dijangka siap pada suku kedua tahun 2025. 



Beberapa projek infrastruktur sedang dilaksana, atasi kesesakan lalu lintas Kuching-Samarahan

Comments


bottom of page