top of page

AWC terima kontrak RM48.55 juta bagi perkhidmatan menyelenggara Menara Seri Wilayah, Putrajaya



KUALA LUMPUR 18 Nov - AWC Bhd menerusi Ambang Wira Facilities Sdn Bhd menerima kontrak RM48.55 juta daripada Jabatan Kerja Raya bagi kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan Menara Seri Wilayah, Putrajaya.


Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak itu bermula 12 Disember 2024 hingga 11 Disember 2029.


"Ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan AWC sepanjang tempoh kontrak," katanya.


Katanya, potensi risiko yang terlibat dalam kontrak itu dianggap sebagai risiko operasi biasa, dan adalah sama dengan semua projek penyelenggaraan yang pernah dijalankan.


Tiada pengarah, pemegang saham utama AWC dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak itu.


Sumber: Dagang News

Comments


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page