top of page

AWC peroleh kontrak Kementerian Kesihatan, RM63.23 juta


AWC peroleh kontrak Kementerian Kesihatan, RM63.23 juta Berita Harian www.bharian.com.my
AWC

KUALA LUMPUR: Ambang Wira Sdn Bhd (AWSB), anak syarikat milik penuh AWC Bhd, dianugerahkan kontrak perkhidmatan sokongan klinik di 19 klinik daerah di Perak oleh Kementerian Kesihatan bernilai RM63.23 juta.


Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, AWC berkata kontrak itu adalah bagi tempoh lima tahun, bermula dari 1 Oktober 2022 hingga 30 September 2027.


"Potensi risiko yang terlibat dalam kontrak ini dianggap sebagai risiko operasi biasa dan sama dengan semua projek penyelenggaraan kami yang dijalankan.


"Kontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan AWC sepanjang tempoh kontrak," katanya.


Sumber: Berita Harian

Comentários


EvolusiBina evolusi bina CIDB JKR Tender Projek ccd cpd cep point kontraktor

Let's Collaborate!

Want to get in touch? We'd love to hear from you.

Copyright © 2025 EvolusiBina. All rights reserved.

bottom of page