top of page

Anwar jumpa Hajiji, Ahmad Yakob esok, usaha selesai isu air di Sabah, Kelantan


 isu masalah air
Gambar hiasan: Kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk membantu dua negeri itu dalam menyelesaikan isu yang berlarutan dan memberi kesan kepada rakyat.

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, esok untuk berunding isu masalah air di dua negeri itu.


Jelas Anwar, Kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk membantu dua negeri itu dalam menyelesaikan isu yang berlarutan dan memberi kesan kepada rakyat.


"Kalau kita akui begitu (masalah air), dalam perundingan saya dengan kerajaan Negeri Sabah, maka ada hal-hal kerajaan negeri dan Persekutuan cuba menyelesaikan sebaik mungkin.


"Ada rencana dibuat kerajaan negeri tapi oleh kerana projek itu terlalu besar dan skala yang agak besar. Maka esok pagi, saya telah mengundang Ketua Menteri dan pimpinan Sabah, Menteri Besar dan pimpinan Kelantan untuk berunding dan menyelesaikan masalah air di Sabah dan Kelantan," jelasnya.


Beliau berkata demikian dalam Program Temu Anwar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Rabu.


Mengulas lanjut ujar Anwar, Kerajaan Persekutuan sentiasa cakna dengan masalah yang dihadapi di beberapa kawasan pedalaman yang tersisih.


"Dalam tatakelola pemerintah di Persekutuan harus sedar ada perkara-perkara di beberapa wilayah termasuk Sabah, beberapa kawasan Sarawak, Pahang dan Kelantan agak tersisih dari arus perdana.


"Umpamanya di Sabah saya bincang dengan Ketua Menteri Hajiji, masalahnya masalah air termasuk di UMS ini.


"Masalahnya seperti bekalan elektrik, jalan lubang-lubang macam naik bot, kadang-kadang saya belum pasti ini naik kereta atau naik bot," katanya lagi.


Sumber: Astro Awani


Comments


bottom of page