KUALA LUMPUR: Aneka Jaringan Holdings Bhd mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Aneka Jaringan Sdn Bhd meraih kontrak keseluruhan bernilai RM40.95 juta daripada Sena Letrik (M) Sdn Bhd (Sena Letrik) serta projek tambahan daripada lain.
Kontrak bernilai RM35 juta daripada Sena Elektrik itu akan bermula pada 1 September 2023 dan menjangkau 17 bulan.
Selain kontrak Sena Elektrik, Perunding Manh Sdn Bhd bagi pihak Scientex Park (M) Sdn Bhd, menyambung kontrak tambahan, bernilai RM5.95 juta.
Kontrak itu terdiri daripada dua fasa iaitu Fasa 1 (Tower Foot Print) bermula pada 21 Ogos 2023 dengan tempoh kontrak selama 7 bulan, dan Fasa 2 (Runcit dan Podium) bermula pada 15 Oktober 2023 dengan tempoh kontrak selama 6.5 bulan.
Pengarah Urusan Aneka Jaringan, Pang Tse Fui berkata, semua kontrak itu melambangkan kemajuan ketara bagi Aneka Jaringan dan mengesahkan pertumbuhan berterusan dan dedikasi syarikat untuk menyampaikan penyelesaian pembinaan dan kejuruteraan yang tiada tandingannya.
"Pasukan kami dilengkapi sepenuhnya untuk melaksanakan projek-projek ini dengan profesionalisme dan kualiti terbaik. Kami menyasarkan untuk bukan sahaja memenuhi tetapi juga melebihi jangkaan semua pihak berkepentingan yang terlibat, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau menambah, dengan kontrak baharu ia menyerlahkan keupayaan Kumpulan untuk menarik pelbagai peluang dan mengekalkan komitmennya terhadap kualiti dan inovasi dalam sektor pembinaan.
Tse Fui berkata, walaupun kontrak tidak akan menjejaskan modal saham atau struktur pegangan saham Aneka Jaringan, ia diunjurkan menyumbang secara positif kepada pendapatan disatukan dan aset bersih Kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2023 (TK2023) dan 31 Ogos 2024 (TK2024).
Pembabitan baharu itu, tambahnya, sejajar dengan komitmen berterusan Aneka Jaringan terhadap keuntungan yang mampan, nilai pemegang kepentingan dan kecemerlangan dalam amalan pembinaan yang meningkatkan kualiti kehidupan bandar.
Jumlah nilai projek yang dicagarkan setakat ini bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2023 adalah berjumlah RM346.8 juta, mengukuhkan lagi kedudukan kukuh Kumpulan dalam pasaran Malaysia dan Indonesia.
Sumber: Berita Harian
Aneka Jaringan raih kontrak cecucuk, penutup konkrit RM40.95 juta
Comments