top of page

Aneka Jaringan Holdings raih kontrak RM39 juta bagi kerja-kerja pembinaan di Jalan Pantai Sentral, Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR 5 Nov - Aneka Jaringan Holdings Bhd memperoleh kontrak RM39 juta untuk menjalankan kerja-kerja tanah, cerucuk, penutup cerucuk dan kerja cerucuk bersebelahan di Jalan Pantai Sentral, Kuala Lumpur.


Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, firma pembinaan itu berkata, kontrak tiga fasa itu diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya, Aneka Jaringan Sdn Bhd, oleh GDP Architects Sdn Bhd bagi pihak Murni Lapisan Sdn Bhd. 


"Kerja-kerja pembinaan akan bermula pada 7 November 2024, dan dijangka siap pada 6 Mac 2026. 


"Fasa satu kontrak meliputi pembinaan dua blok pejabat, kedua-duanya termasuk peringkat mekanikal dan elektrikal (M&E).


"Fasa dua termasuk membina blok pangsapuri servis 43 tingkat (438 unit) dengan lantai M&E dan kemudahan di atas podium fasa satu, bersama-sama dengan aras kemudahan di tingkat 28 dan 45.


"Sementara itu, fasa tiga akan membangunkan blok pangsapuri servis 33 tingkat (290 unit) dengan lantai M&E dan kemudahan di atas podium fasa satu," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.


Aneka Jaringan berkata, kontrak itu dijangka memberi kesan positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025 (FY25) dan FY26. 


"Syarikat tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi biasa yang dikaitkan dengan subkontrak. Kami akan mengambil langkah yang diperlukan untuk mengurangkan risiko itu," katanya.


Sumber: Dagang News

3 views

Comments


bottom of page